Thursday, May 28, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul.,

Assalamu'alaikum.,

Entry kali nie saya nak recommend pada sahabat2 sekalian satu buku yang memang menarik. Tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin (seorang penulis yang BEST!!!). Buku ni sesuai untuk sesiapa sahaja, remaja, mereka yang suah bertunang, para zauj, para zaujah, dan juga ibu bapa.
Tak akan ambil masa yang lama untuk dibaca sebab cuma ade 91 mukasurat je. Harga RM12 (boleh dapat diskaun di Jafar Rawas - RM10.50). InsyaAllah, apa yang dikongsi oleh penulis adalah ilmu2 yang sangat berguna bagi mereka yang mengenal Baitul Muslim. Jangan ketinggalan. (p/s: saya bukan ejen penulis tau. Juz promote utk kebaikan dan manfaat bersama).,

Saranan doa ajaran Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan 25 : 74)

*Credit to : Buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'.,
*Moga kandungan buku ini sedikit sebanyak dapat menjadi pedoman bagi kita mencari 'pemilik cinta kita setelah Allah & Rasul' juga. InsyaAllah.,



Wednesday, May 27, 2009

Kasih Si Dia.,



"Makcik ingat kamu jumpa Pak Imam nak atur pernikahan kamu" ,
kata makcik yang turut membeli kepok di suatu gerai.,

"Tak lah makcik, saya jumpa Pak Imam sebab nak tanya pasal tabung derma",
kataku (dalam hati sedikit terkejut dgn kata2nya
(^-^).,

"Sebenarnya kami ada nak buat program kebajikan tok anak2 yatim kat Acheh nanti",
sambungku lagi.,

"Anak ikut makcik ke rumah boleh? Makcik pun ingat nk beri sumbangan sikit",
kata makcik itu lagi(seakan teringat sesuatu).,

"Baiklah makcik",
aku akur lalu mengikutnya ke rumah.,

Sesampai di rumahnya, kulihat riak wajahnya mula berubah. Wajahnya yang pada mulanya ceria,
kini mulai kusam dan kelam, bagai mengenang sesuatu yang menyayat hatinya.,

"Sebenarnya, suami makcik baru meninggal 2 thn lepas, kat HUSM",
ujarnya (sambil kulihat airmatanya kian jatuh berderai).,

"Bila anak kata nak buat program kebajikan untuk anak yatim,
makcik rasa terpanggil utk membantu sama",
sambungnya lagi.,

"Mudah2an sumbangan makcik yang tak seberapa ni, pahalanya dapat sampai ke arwah suami makcik,
Allahyarham Mat Zaid. Minta anak dan kawan2 doakan sama",
katanya (sambil menghulur sedikit smbgn ikhlas darinya)

"Mak dah jadi seorang IBU dan ISTERI yang baik selama ni",
selit anaknya yang berada di sekitar perbualan kami, menyedari akan perlunya kata2 sokongan untuk ibunya tika itu.,

"Itu mak tau, tapi mak masih teringat...",
katanya sambil mengesat airmatanya yang kian melebat.,

"Tak apa makcik, makcik bawa bersabar banyak2. Mudah2an Alllah merahmati rohnya dan menempatkannya dikalangan orang2 mukmin",
ujarku untuk membantu meredakan keadaan.,

"Bagusla anak2 buat program sebegini. Mudah2an anak2 selamat pergi dan selamat sampai",
katanya sambil menepuk2 belakangku

"InsyaAllah, akan kami doakan",
sahutku lagi.,

Suasaan petang itu begitu menyentuh hatiku. Betapa kasih seorang isteri pada seorang insan bernama SUAMI. Tak pernah ku hadapi situasi sebegini sebelum ini. Kini sesudah lebih kurang 40 tahun hidup bersama, 'separuh agama'nya pergi menghadap Illahi, kerana Allah lebih menyayanginya. Mudah2an Allah merahmati roh suaminya dan juga merahmati kehidupan Puan Wan Zabidah hingga ke akhir hendaknya. Mungkin itulah hikmah Allah menciptakan wanita dari rusuk lelaki, tidak lain untuk disayanginya, dek kerana hadirnya yang begitu hampir dengan hati.,

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jika aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang lain, tentulah aku akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya."
(Hadith riwayat Ahmad, Ibn Majah, dan Ibn Hibban)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)

Aizat bin Zainudin,
1201, 28 Mei 2009,
>>Sampaikan walau satu ayat<<
>>Menanti saat ke Acheh<<
(^-^)





Sunday, May 24, 2009

Bunga yang Comel.,



Melihatkan Bunga yang petah berkata-kata menyampaikan ceritanya,
secara automatik first impressionku padanya
"Hebat sungguh Bunga nie. Kagum aku.,"

Bunga walaupun hanya sekecil padi mampu berdakwah pada orang lain.
Bila difikirkan, kita yang sudah 20-an tak tentu lagi mampu menyainginya.
Emm, macam2 yang difikirkan.,

Cuba kita fikirkan, selama lebih 2 abad kita hidup,
apa yang kita sudah sumbang pada Islam,
Adakah apa yang kita buat membantu Islam,
atau adakah apa yang kita lakukan cuma merosakkan Islam.,

Tekanan masa, wang, masa, ilmu yang serba kekurangan,
adakah itu alasan kita untuk tidak berdakwah pada yang lain,
adakah kita fikir di akhirat kelak alasan sebegitu akan diterima Allah.,

Tidak semua manusia di dunia ini diberi keistimewaan,
mungkin kita cuma insan biasa,
tiada apa yang luar biasa, tiada apa yang lebih,
tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang untuk Islam,
sekadar mampu kita, sekadar daya kita.

'Biar uang mu segudang,
Biar punya kapal terbang,
Bila nanti amalmu ditimbang,
Kita tidak bisa menentang.,'

Kita singkap sejarah Nabawiyyah terdahulu,
ingat lagi tika Nabi Ibrahim a.s. yang dibakar oleh kaumnya,
akibat perbuatannya yang menghancurkan
berhala-berhala di sekitar Kaabah,
datang seekor burung yang kecil dengan membawa air
di paruhnya yang kecil,
seikhlas dayanya mahu membantu menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s.,
Walau burung kecil sedar usahanya tak seberapa,
lagi pula disindir oleh burung-burung yang lebih besar,
namun ia percaya, itulah semampunya.,

Ingatlah, di akhirat kelak, Allah tak akan bertanya,
Berapa banyak usaha yang kamu curahkan untuk membantu Islam,
Tetapi, apa yang disoal,
Apa yang kamu telah lakukan untuk membantu Islam.,

Pesanan ini untuk memperingatkan diriku,
dan juga sahabat-sahabat di luar sana,
Pesanku, teruslah berbakti dan menyumbang untuk Islam,
Abaikan apa kata orang,
yang penting ikhlaskan hati-hati kita,
untuk membantu Islam semata-mata kerana ALLAH S.W.T.,

Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud :
'SAMPAIKAN DARIKU WALAU SATU AYAT'
(Hadith riwayat Tirmidzi)

(p/s : Kalau kanak2 di indonesia sudah dipupuk sebegini dari kecil,
untungnya bila masing2 dah besar. Kadang2 sedih tengok
situasi kat Malaysia, yang mana saban hari kanak2nya disaji dgn
pelbagai hiburan. Tom tom Bak la, Macam macam Aznil la,
pondok-pondok la. Emm, ape nak jadi dgn umat islam sekarang.
Pendek kata ini bkn slh kanak2 kerna ibubapalah yang
mencorakkan anak2 mereka,
samada mereka Muslim, Yahudi, atau Nasrani.,)

Aizat bin Zainudin,
0100, 26 Mei 2009
>>Sampaikan walau satu ayat<<
(^-^)



Kita umat yang mengikut @ mengerti ?.,



Bila kita sebut 'Bismillah',
adakah 'Dengan Nama Allah' hadir dalam hati?
Bila kita sebut 'Alhamdulillah',
adakah 'Segala puji bagi Allah' turut hadir?
Bila kita sebut 'Subhanallah',
adakah 'Maha Suci Allah' ada sekali?
Bila kita sebut 'Allahuakbar',
adakah 'Allah Maha Besar' teringat di hati?
Bila kita baca al-Quran,
adakah kita sekadar baca tanpa mengetahui maksud disebaliknya?
Bila kita solat,
adakah setiap lafaz bacaan solat hanya disebut tanpa kita tahu maksudnya?
Bila kita baca al-Fatihah 17 kali sehari,
adakah kita faham maksud di sebaliknya?

Saturday, May 16, 2009

InsyaAllah.,



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,"Aku pasti melakukan itu besok pagi," kecuali (dengan mengatakan) "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."

(Surah al-Kahfi : 23-24)


* 'InsyaAllah' membawa maksud 'Jika Allah menghendaki' atau 'Dengan izin Allah'.
Biasa kita lihat ianya diucapkan, kerna orang kata akan mendapat pahala sesuatu amalan yang dimulai dengannya. Barangkali, dengan firman Allah ini menguatkan kita lagi untuk mengamalkannya.,

* Akhir kata, Jom Beramal.,



Yang Dicari.,



"Yang dicari,
walau bukan puteri raja,
biarlah puteri agama.

Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.


Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani, sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu yang gemilang,
kerana ana hanya insan dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

dan yang terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali.."



“Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya2, kemana hilangnya sinar. Rupa2nya Dia nak hadiahkan kita pelangi.” =)



Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 216)



Hari Ibu?.,



Hukum merayakan HARI IBU

(Oleh: Syaikh Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin)

Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah ditanya tentang hukum perayaan Hari Ibu.
Beliau menjawab:

Sesungguhnya setiap perayaan yang menyelisihi perayaan-perayaan yang disyari’atkan adalah perayaan bid’ah yang tidak dikenal pada masa Salafush Shalih dan terkadang berasal dari kalangan non Islam, sehingga disamping bid’ah terdapat penyerupaan dengan gaya hidup musuh-musuh Allah Subhanahu Wata’ala. Perayaan-perayaan yang
disyari’atkan dan dikenal dalam Islam adalah Idul Fitri, Idul Adha, Idul Usbu’ (hari Jum’at) dan tidak dikenal dalam Islam selain ketiga perayaan tersebut.

Setiap pesta perayaan selain ketiga perayaan tersebut (Idul Fitri, Idul Adha, Idul Usbu’) maka sia-sia dan batal demi syari’at Allah, berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. (yang artinya),

“Barangsiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami, sesuatu yang bukan berasal darinya maka tertolak.”.

Yakni sia-sia dan tidak diterima disisi Allah Subhanahu Wata’ala, dan dalam lafadz yang lain, “Barangsiapa beramal tanpa ada tuntunan dari kami maka tertolak.”

Apabila telah jelas perkaranya maka tidak boleh mengadakan perayaan Hari Ibu seperti dalam pertanyaan di atas, tidak boleh pula menampakkan keceriaan dan kebahagiaan di hari tersebut layaknya perayaan sebuah hari raya seperti pemberian hadiah dan semisalnya. Wajib atas setiap muslim untuk merasa mulia dan bangga dengan agamanya dan mencukupkan diri di atas ketetapan Allah dan Rasul-Nya di dalam agama yang lurus yang telah diredhai Allah s.w.t. untuk hamba-hamba-Nya, maka tidak boleh seorang Muslim menambah atau menguranginya.


Dan sebaiknya setiap Muslim tidak menjadi pengekor kepada setiap propaganda namun semestinya dia menempa keperibadiannya dengan kandungan syari’at Allah s.w.t sehingga menjadi contoh dan teladan bukan sebagai pengekor, karena syari’at Allah -wal hamdulillah- sempurna dari berbagai sisinya sebagaimana firman Allah s.w.t. (yang artinya),


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam sebagai agama kalian.”

(Al-Maidah:3)


Seorang IBU tidak cukup diperlakukan dengan baik, penuh hormat dalam setahun sekali saja, akan tetapi justru anak-anaknya yang berkewajiban untuk menjaga, memberikan perhatian dan taat kepadanya pada selain maksiat kepada Allah di setiap waktu dan tempat.


Firman Allah S.W.T. , yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya."
(Surah al Ankabut, ayat 8)



P/S: oleh itu...jgnlah kite terlalu taksub dgn mengagung2kan perayaan2 barat yang tidak pernah terdapat dlm sejarah Islam... bg kita yang MUSLIM...hari ibu adalah setiap hari dalam hidup kita, begitu juga hari bapa dan hari anak....perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada
setiap masa. Firman Allah seperti di atas telah membuktikannya. Kalau kita sebagai anak mereka tidak menyayangi dan menghormati ibu dan bapa kita, siapa lagi?

Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya,

"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Jangan bila kita susah, kita ingat dan memerlukan pertolongan dari mereka. Tapi bila mereka susah, kita seperti sudah terlupa akan semua jasa mereka pada kita sebelum ini. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa.
Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

Bersamalah kita berusaha untuk jadi anak yang soleh & solehah kerna hanya dengan cara ini doa kita mampu sampai kepada mereka bila mereka tiada lagi kelak. Bersama kita muhasabah diri kita.,



*Sekadar pengetahuan kita bersama, Hari Ibu ini diasaskan oleh Anna Marie Jarvis, 2 tahun setelah kematian ibunya. Diperjuangkan bersama kakaknya. Anna dan kakanya mati akibat kemiskinan. Anna juga tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Tarikh-tarikh Hari Ibu yang dirayakan di seluruh dunia hampir menyamai tarikh kematian ibunya, Ann Maria Reeves Jarvis. Jadi, bilamana anda menyambut Hari Ibu, ingatlah bahawa anda seakan-akan meyambut perayaan untuk memperingati kematian ibunya.
Ingat tu.,

"Betulkan yang BIASA & biasakan dengan yang BETUL"
(^-^)



Friday, May 15, 2009

"Setitis Airmata Ibu".,




Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah datang ye. Especially, for those Selangorian tue.
Ade Ustaz Hasrizal pula tue. Mesti best kan? Jemput-jemputlah ye datang. Ajak
kawan-kawan lain sekali.,


Firman Allah, bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya."
(Surah al Ankabut : 8)


Hadith Rasulullah S.A.W di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada baginda dan bertanya,
"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."


“Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi kami ketika kami masih kecil.”

Jom kita sama-sama doakan. InsyaAllah., (^-^)



Tuesday, May 12, 2009

Walimatul 'Ursy.,



Walimatul 'Ursy/Undangan Pernikahan


Akhi Aarifin & Ukhti Aini
(29 Mei & 01 Jun 09, Klate)

Rusdi M3 (Sedi) & Zubaidah N3
(04 Jun 09, Tanah Merah)

Akhi Hazizul (Abg Jijo) & Ukhti Norazillah
(06 Jun 09, KT, Ganu)

Syazwan Abu Hassan M3 & Sabeelah Begum M3
(28 Jun 09, Alor Star)


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)


*Bagi yang berkesempatan dan berkeinginan untuk hadir. Sila2lah datang ye. Jangan malu2. Nanti melepas makan nasi minyak. Rugi. Sedi, tak sangka betul. Hang lagi awal ye. Ngalahkan ex-roomate sendiri. Ish3. Apapun, moga semua sahabat, zauj2 beserta zaujah2 nya berbahagia dunia dan akhirat. Moga Allah memberkati kalian semua. InsyaAllah.,



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda lagi, yang bermaksud:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kerana kecantikannya atau
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama
supaya dirimu selamat."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


InsyaAllah, mudah-mudahan., =)



Friday, May 8, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.,




Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi ria,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA.,

Nantikan karya terhebat ke-2 Habiburrahman el-Shirazy,
KETIKA CINTA BERTASBIH,
Jun ini.,



Hijab.,



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(an-Nur 24:31)








Hijab is Freedom, not Oppression.,
More Veil, More Value.,

Seorang Muslimah lebih indah bila berhijab,
Cuma mungkin ramai yang tidak sadar,
Sayangilah diri anda.,


Aizat bin Zainudin,

1517, 08 Mei 2009

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<


Related Posts with Thumbnails