Melihatkan Bunga yang petah berkata-kata menyampaikan ceritanya,
secara automatik first impressionku padanya
"Hebat sungguh Bunga nie. Kagum aku.,"
Bunga walaupun hanya sekecil padi mampu berdakwah pada orang lain.
Bila difikirkan, kita yang sudah 20-an tak tentu lagi mampu menyainginya.
Emm, macam2 yang difikirkan.,
Cuba kita fikirkan, selama lebih 2 abad kita hidup,
apa yang kita sudah sumbang pada Islam,
Adakah apa yang kita buat membantu Islam,
atau adakah apa yang kita lakukan cuma merosakkan Islam.,
Tekanan masa, wang, masa, ilmu yang serba kekurangan,
adakah itu alasan kita untuk tidak berdakwah pada yang lain,
adakah kita fikir di akhirat kelak alasan sebegitu akan diterima Allah.,
Tidak semua manusia di dunia ini diberi keistimewaan,
mungkin kita cuma insan biasa,
tiada apa yang luar biasa, tiada apa yang lebih,
tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang untuk Islam,
sekadar mampu kita, sekadar daya kita.
'Biar uang mu segudang,
Biar punya kapal terbang,
Bila nanti amalmu ditimbang,
Kita tidak bisa menentang.,'
Kita singkap sejarah Nabawiyyah terdahulu,
ingat lagi tika Nabi Ibrahim a.s. yang dibakar oleh kaumnya,
akibat perbuatannya yang menghancurkan
berhala-berhala di sekitar Kaabah,
datang seekor burung yang kecil dengan membawa air
di paruhnya yang kecil,
seikhlas dayanya mahu membantu menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s.,
Walau burung kecil sedar usahanya tak seberapa,
lagi pula disindir oleh burung-burung yang lebih besar,
namun ia percaya, itulah semampunya.,
Ingatlah, di akhirat kelak, Allah tak akan bertanya,
Berapa banyak usaha yang kamu curahkan untuk membantu Islam,
Tetapi, apa yang disoal,
Apa yang kamu telah lakukan untuk membantu Islam.,
Pesanan ini untuk memperingatkan diriku,
dan juga sahabat-sahabat di luar sana,
Pesanku, teruslah berbakti dan menyumbang untuk Islam,
Abaikan apa kata orang,
yang penting ikhlaskan hati-hati kita,
untuk membantu Islam semata-mata kerana ALLAH S.W.T.,
Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud :
'SAMPAIKAN DARIKU WALAU SATU AYAT'
(Hadith riwayat Tirmidzi)
(p/s : Kalau kanak2 di indonesia sudah dipupuk sebegini dari kecil,
untungnya bila masing2 dah besar. Kadang2 sedih tengok
situasi kat Malaysia, yang mana saban hari kanak2nya disaji dgn
pelbagai hiburan. Tom tom Bak la, Macam macam Aznil la,
pondok-pondok la. Emm, ape nak jadi dgn umat islam sekarang.
Pendek kata ini bkn slh kanak2 kerna ibubapalah yang
mencorakkan anak2 mereka,
samada mereka Muslim, Yahudi, atau Nasrani.,)
Aizat bin Zainudin,
0100, 26 Mei 2009
>>Sampaikan walau satu ayat<<
(^-^)
3 comments:
bunga
kecik
chumel
meaningfull~
=)
salam..betul tu. zaman sekarang ni, ibu bapa akan menangis sebab anak tak dapat masuk AF atau realiti show, bukan disebabkan tak reti mengaji Quran atau tak sembahyang...
org sekarang meletakkan hiburan dan artis sebagai sasaran utama.
kita?? semoga kita selaku bakal ibu@bapa suatu hari nanti mampu mendidik anak mengikut kehendak Islam..
fikir-fikirkan...
~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~
aah,suka sangat ngan bunge...
wish her the best in the future...
harap2 adik ni tak di salah gunakan oleh pihak media...
Post a Comment