Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(an-Nur 24:31)
(an-Nur 24:31)
2 comments:
suka topic nie..
mgkn kat malaysia org x pandang pelik sangat kat org yg pakai tudung sbb ramai org kat malaysia yg pakai tudung.
Tp kalau duduk di kalangan orang barat yang biasa dengan orang bertudung..dorg akn tny soalan pasal hijab..
Mesti mencabar kan. Mungkin huda dapat cite sket2 psl hijab (beserta ayat al-Quran), insyaAllah jadi semacam dakwah pd mereka.,
Post a Comment