Wednesday, May 27, 2009

Kasih Si Dia.,



"Makcik ingat kamu jumpa Pak Imam nak atur pernikahan kamu" ,
kata makcik yang turut membeli kepok di suatu gerai.,

"Tak lah makcik, saya jumpa Pak Imam sebab nak tanya pasal tabung derma",
kataku (dalam hati sedikit terkejut dgn kata2nya
(^-^).,

"Sebenarnya kami ada nak buat program kebajikan tok anak2 yatim kat Acheh nanti",
sambungku lagi.,

"Anak ikut makcik ke rumah boleh? Makcik pun ingat nk beri sumbangan sikit",
kata makcik itu lagi(seakan teringat sesuatu).,

"Baiklah makcik",
aku akur lalu mengikutnya ke rumah.,

Sesampai di rumahnya, kulihat riak wajahnya mula berubah. Wajahnya yang pada mulanya ceria,
kini mulai kusam dan kelam, bagai mengenang sesuatu yang menyayat hatinya.,

"Sebenarnya, suami makcik baru meninggal 2 thn lepas, kat HUSM",
ujarnya (sambil kulihat airmatanya kian jatuh berderai).,

"Bila anak kata nak buat program kebajikan untuk anak yatim,
makcik rasa terpanggil utk membantu sama",
sambungnya lagi.,

"Mudah2an sumbangan makcik yang tak seberapa ni, pahalanya dapat sampai ke arwah suami makcik,
Allahyarham Mat Zaid. Minta anak dan kawan2 doakan sama",
katanya (sambil menghulur sedikit smbgn ikhlas darinya)

"Mak dah jadi seorang IBU dan ISTERI yang baik selama ni",
selit anaknya yang berada di sekitar perbualan kami, menyedari akan perlunya kata2 sokongan untuk ibunya tika itu.,

"Itu mak tau, tapi mak masih teringat...",
katanya sambil mengesat airmatanya yang kian melebat.,

"Tak apa makcik, makcik bawa bersabar banyak2. Mudah2an Alllah merahmati rohnya dan menempatkannya dikalangan orang2 mukmin",
ujarku untuk membantu meredakan keadaan.,

"Bagusla anak2 buat program sebegini. Mudah2an anak2 selamat pergi dan selamat sampai",
katanya sambil menepuk2 belakangku

"InsyaAllah, akan kami doakan",
sahutku lagi.,

Suasaan petang itu begitu menyentuh hatiku. Betapa kasih seorang isteri pada seorang insan bernama SUAMI. Tak pernah ku hadapi situasi sebegini sebelum ini. Kini sesudah lebih kurang 40 tahun hidup bersama, 'separuh agama'nya pergi menghadap Illahi, kerana Allah lebih menyayanginya. Mudah2an Allah merahmati roh suaminya dan juga merahmati kehidupan Puan Wan Zabidah hingga ke akhir hendaknya. Mungkin itulah hikmah Allah menciptakan wanita dari rusuk lelaki, tidak lain untuk disayanginya, dek kerana hadirnya yang begitu hampir dengan hati.,

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jika aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang lain, tentulah aku akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya."
(Hadith riwayat Ahmad, Ibn Majah, dan Ibn Hibban)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)

Aizat bin Zainudin,
1201, 28 Mei 2009,
>>Sampaikan walau satu ayat<<
>>Menanti saat ke Acheh<<
(^-^)





1 comment:

Jacknaim said...

salam! hurm terharunye bace crite ni...

bahagia nye hidup dapat isteri macam ni..

kadang2 jadi fobia juga bila fikir.. aku nanti kawin, isteri mcm mane la.. klau aku sakit, adakah dia still bersama aku. kalau aku tetiba bangkrup, adakah dia akan bersama aku..

hr tu tgk kisah sedih sorang komposer tu yg ditinggalkan isteri.. tetiba jadi sayu

Related Posts with Thumbnails