Sunday, May 2, 2010

Koc Wanita Pertama Di Malaysia.,



27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.


Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.


Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).


Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.


Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

- Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)

- Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)


Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.


Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.


Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.


* Saya secara peribadi amat menyokong usaha murni yang diambil KTM Berhad, dalam usahanya membela dan menjaga hak wanita. Saya juga sering menaiki komuter untuk pulang ke rumah, dan juga untuk ke destinasi-destinasi lain. Memang jika dilihat ada masanya, yang muslimat akan menghadapi kesukaran tatkala manusia bersesak-sesak di dalam koc keretapi tersebut. Lelaki perempuan pasti berhimpit-berhimpit, sanggup bertahan untuk ke destinasi masing-masing. Yang kurang eloknya, nanti akan mudah tersentuh antara yang bukan mahram. Ditambah pula, bermacam ragam manusia di sana. Ada yang mengambil kesempatan (meraba) dan ada juga yang meyeluk saku atau mencuri barang peribadi penumpang lain. Apa yang KTM Berhad buat ini, saya amat memujinya. Mengikut syariat. Saya juga mengecam dan kesal terhadap sesetengah pihak yang mengutuk dan menghina usaha murni ini yang pada mereka, usaha ini mendiskriminasi dan menjatuhkan taraf wanita. Moga Allah memberi hidayah pada mereka ini. InsyaAllah, kelak yang muslimat akan lebih terjaga. Dengan izin-Nya. Amin.



Ini mungkin permulaan ke arah hijrah yang lebih baik. Moga terus thabat dan istiqamah. Seperti Kelantan yang sudah menerajui mempertahankan hak wanita sejak 20 tahun lamanya.,


DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki (qowwamun/pelindung) semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Aizat bin Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



No comments:

Related Posts with Thumbnails