Monday, May 31, 2010

Freedom Flotilla, Apa Nasib Mereka? Apa Tindakan Kita?.,



Seperti yang diketahui umum, semalam kovoi misi kemanusiaan 'FREEDOM FLOTILLA' telah diserang oleh komando tentera laut Israel (Zionis) laknatullah. Freedom Flotilla merupakan misi kemanusiaan untuk Palestin yang terbesar dalam sejarah (setakat ini) yang berkeinginan untuk menghantar bermacam bentuk bantuan (makanan, pakaian, binaan, kewangan, dan lain lain, tetapi bukan senjata) secara terus ke Semenanjung Gaza yang telah ditekan secara zalim oleh Israel laknatullah melalui sekatan selama 3 tahun berturut-turut. Sekatan ini sememangnya sesuatu yang tidak diterima akal, kerna ianya bagaikan ingin memutuskan segala bentuk hubungan dan bantuan kepada Palestin dari dunia luar.

Setelah perancangan selama hampir 2 bulan dan perjalanan yang telah mengambil masa beberapa hari, akhirnya konvoi misi kemanusiaan ini yang disertai oleh lebih kurang 700 aktivis, yang terdiri dari pelbagai peringkat manusia, agama, dan bangsa, telah tiba berhampiran Semenanjung Gaza. Namun dalam jam lebih kurang 10am-12pm semalam, konvoi yang tidak bersenjata dan tidak mempunyai niat untuk berperang ini digempur oleh komando tentera laut Israel laknatullah melalui helikopter mereka ketika masih berada di perairan antarabangsa. Kapal yang digempur adalah satu dari 7 kapal konvoi, dan yang merupakan yang terbesar, iaitu Mavi Marmara.

Setakat ini dilaporkan hampir 20-25 orang disahkan meninggal dunia (setakat yang diketahui 9 orang rakyat Turki, seorang rakyat Malaysia), manakala hampir 60 orang yang lain cedera, termasuk Ketua Gerakan Islam Palestin, iaitu Syeikh Raed Salah. Kapal Mavi Marmara kini telah ditunda ke Haifa Israel, bukan ke Pelabuhan Ashdod, bagi menyelakkan diserbu wartawan. Kapal berkenaan telah dikosongkan, sebahagian kecil dihantar pulang, manakala sebahagian besar yang lain di tahan.

Jelas apa yang kita nampak melalui tindakan kurang waras serta tidak berperikemanusiaan ini, Israel laknatullah sememangnya telah bertindak di luar batas. Seperti kebiasaan macam-macam alasan dan berita palsu dikeluarkan pihak mereka bagi membersihkan imej mereka, disamping tidak diendahkan berita-berita sedunia yang jelas membuktikan perbuatan terkutuk mereka.

Alhamdulillah, sehingga kini semakin banyak negara,termasuk Malaysia, yang menyatakan bantahan, mengutuk, mengadakan perjumpaan bagi menentang perbuatan keji Israel laknatullah ini. Tampak jelas, Israel laknatullah makin terdesak di dalam dilema apabila Freedom Flotilla ingin ditubuhkan. Jika ditentang, bakal memudaratkan hubungan diplomatiknya dengan negara-negara lain, terutama yang menyertai konvoi ini. Jika dibiarkan, bantuan bakal tiba ke Gaza, dan ummat Islam di sana akan bakal kuat, menjadikan sekatan mereka selama ini menjadi sia-sia.

Antara kapal yang mengikuti konvoi FF

Kapal terbesar konvoi Freedom Flotilla, iaitu Mavi Marmara

Pusat penahanan yang ditubuhkan khas untuk menahan aktivis Freedom Flotilla

Sabda Rasululllah s.a.w. yang mafhumnya :
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia BUKANlah dari kalangan mereka"
(Hadith Shahih)


Ya Allah, pintaku,
Moga Engkau selamatkan aktivis-aktivis Freedom Flotilla ini,
Engkau berkati dan redhai perjuangan mereka,
Sebagai wira dan pejuang untuk Palestin,
Engkau tempatkan mereka yang syahid di tempat yang mulia di sisi-Mu,
Engkau permudahkanlah segala urusan mereka,
Engkau permudahkanlah, moga-moga kan tiba jua bantuan ini ke Gaza,
Demi membantu saudara-saudara seIslam kami di sana,
Yang saban hari bermandi darah,
Yang pergi sebagai pejuang,
Dan pulang sebagai syuhada',
Yang bermati-matian mempertahankan Al-Aqsa,
Engkau matikan segala rancangan buruk Israel laknatullah,
Engkau tamatkanlah riwayat Zionis yang kejam ini ya Allah,
Engkau luputkan mereka, sehabis-habisnya dari muka bumi ini,
Gaza,
InsyaAllah, dengan izin-Nya,
Kemenangan bakal menjadi milikmu,
Aminn.,

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Selamatkan Freedom Flotilla, Selamatkan Gaza~



No comments:

Related Posts with Thumbnails