Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:
1) Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
2) Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang”(Sahih Muslim)
3) Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
4) Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
5) Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
6) Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
7) Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
8) Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”(H.R Ahmad)
9) Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
10) Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
11) Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
12) Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
13) Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
MasyaAllah, jika dilihat, begitu banyak tanda-tanda kecil dari Qiamat telahpun hadir dan berlaku disekeliling kita. Hampir kesemua dari tanda-tanda tersebut telah ada. Jadi, adakah kita punya masa untuk masih berleka dan berlumba-lumba untuk dunia. Ramai daripada kita, termasuk diri saya sendiri, tahu bahawa dunia hanya sementara, dan akhirat itu kekal abadi, tetapi pelik bukan, kerna masih ramai daripada kita dewasa ini masih terkejarkan dunia, dan diakhirnya menyebabkan kita takutkan mati, dek kerana terlalu cinta untuk tinggalkan dunia. Astaghfirullahil 'azim. Moga kita betulkan niat dan arah perjuangan kita. Tak siapa dari kita bisa meramal bila kan tibanya Qiamat. Mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok, dan mungkin juga sesaat selepas anda dan diri saya habis membaca perkataan yang saya tulis ini. Ya Allah, bantuku dan sahabat-sahabatku untuk lebih dekat pada-MU, pelihara kami dari tipudaya dunia yang fana ini. Sahabat-sahabat, saya berpesan pada diri saya dan yang mendengar ini, sama-sama kita muhasabah segala amal, dosa, ibadah, maksiat, yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Kita masih ada peluang untuk bertaubat, jadi jangan berlengah. Jangan menunggu sampai nyawa kita telah sampai di kerongkongan, yang mana pintu taubat itu tertutup selamanya. Rebutlah pelung ini selagi ada. Manfaatkan sebaiknya.,
Firman Allah s.w.t.yang mafhumnya :
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Surah Al-Hadiid 57, ayat ke-20)
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Ingatlah Bahawa MATI Itu Pasti~
No comments:
Post a Comment