Pernah ke Masjid Al-Aqsa, mahupun Qubbat As-Sakhrah/Masjid as-Sakhrah? Tentu sahaja ramai daripada kita masih belum punya kesempatan untuk ke Palestin sana. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya ingin bertanya pada kalian semua, adakah anda betul-betul telah kenal Masjid al-Aqsa. Putihkah atau birukah warnanya? Sudah pasti ramai dari kita keliru, dek kerana dihidangkan dengan berita yang bermacam-macam dari media massa.
Ini adalah gambar sebenar Masjid al-Aqsa, lebih tepat qiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Yang putih adalah Masjid al-Aqsa. Jangan tertukar dan keliru dengan masjid yang lain. Ini penting, lagi-lagi bagi kita umat Islam. Supaya kelak, kita tidak mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan oleh golongan-golongan yang mahu mengkhianati ISLAM.
Ini pula gambar Masjid as-Sakhrah, ataupun nama lainnya Dome of The Rock. Masjid ini terletak hampir bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa, dan inilah masjid yang sering digembar-gemburkan oleh media, terutama media-media Zionis, yang sebagai Masjid Al-Aqsa. Ingat, yang PUTIH Masjid Al-Aqsa, yang BIRU Masjid As-Sakhrah.
Fikirkan, kenapa ini terjadi? Kenapa ada sesetengah pihak beria-ia, mengelirukan umat manusia secara amnya, dan umat Islam khususnya, tentang yang mana satu Masjid Al-Aqsa. Ini kerana, pihak tersebut ingin mengalihkan perhatian masyarakat dunia, termasuk seluruh ummat Islam dari memberi terlampau banyak fokus terhadap aktiviti-aktiviti HARAM mereka ke atas Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya (warna PUTIH). Tentu sahaja kita pernah dengar cerita yang mana aktiviti penggalian terowong-terowong bawah tanah secara berleluasa kini giat dilakukan tanpa dihalang sesiapapun. Bagi mereka, mereka percaya di bawah Masjid Al-Aqsa itulah tapak kuil Haikal Sulaiman (The Solomon Temple). Mereka (Zionis) punya keinginan untuk membina kembali kuil ini di atas reruntuhan Masjid Al-Aqsa. MasyaAllah. InsyaAllah, di lain masa, jika diberi kudrat dan keizinan dari-Nya, saya akan berkongsi mengenai Haikal Sulaiman ini. Moga diberi peluang.
“Suatu hari malaikat Jibril datang dan membawa Nabi, lalu dibedahnya dada Nabi dan dibersihkannya hatinya, diisinya dengan iman dan hikmah. Kemudian didatangkan buraq, ‘binatang’ berwarna putih yang langkahnya sejauh pandangan mata. Dengan buraq itu Nabi melakukan isra’ dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
Selain itu, Zionist Laknatullah ingin menghapuskan ingatan Umat Islam dari mengingati tempat ibadah suci umat Islam ini, dan juga tempat yang telah menjadi saksi terhadap suatu peristiwa teragung di dalam Islam, iaitu peristiwa Isra wa Mi'raj, yang mana ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. turun dan naik ke langit untuk menerima perintah Allah mengenai solat 5 waktu, yang sehingga kini insyaAllah kita tunaikan. Sesungguhya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ibadah yang dikerjakan di sana akan digandakan sebanyak 500 kali ganda. Subhanallah.
p/s: Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, satu link yang saa dapat dari senior saya, yang mana kita berpeluang tour secara maya di dalam Masjid Al-Aqsa dan juga Dome of The Rock ini. Moga dapat manfaat bersama. Jangan lepaskan peluang ini, insyaAllah sangat-sangat bermanfaat, terutama bagi kita untuk membetulkan persepsi sebenar Masjid Al-Aqsa. Mohon disebar-sebarkan. Ini linknya - http://www.360tr.net/kudus/mescidiaksa_eng/index.html
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Selamatkan Masjid Al-Aqsa!!!~
No comments:
Post a Comment