Friday, May 28, 2010

Hati-hati Dengan 'BUAYA'!!!.,

Entry ini sekadar perkongsian dari saya untuk sahabat-sahabat semua di luar sana. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum mengenai isu ini, terutama melalui rangkaian web sosial Facebook. Tapi sebagai seorang yang bergelar Muslim, saya rasa terpanggil untuk bersama mendedahkan di samping berharap timbulnya kesedaran di dalam diri saya dan juga anda semua agar kita dapat lebih berhati-hati dan lebih cakna/lebih berhati-dengan dengan segala isu yang berlaku di sekeliling kita, terutama yang menyentuh mengenai agama kita, iaitu ISLAM.

Gambas di atas, saya sertakan kerna ianya adak subjek utama dalam entry ini. Sandal 'Crocs' ini memang kelihatan cantik tika melihatnya, selesa tika memakainya. Tidak hairanlah kini ianya begitu popular, sehinggakan boleh didapati di mana-mana dengan begitu mudah.

Sekarang, cuba kita duduk sebentar, dan betul-betul perhatikan gambar yang berikutnya.

Jadi, saya rasa-rasa tentu anda semua tahu apa yang saya ingin sampaikan. Saya ingin anda betul-betul lihat, disebalik kepopularan sandal 'Crocs' ini, mungkin tersimpan suatu 'agenda' terhadap ummat Islam dan agama Islam itu sendiri. Perkataan 'ALLAH' jelas terdapat pada ikon syarikat 'Crocs' ini, yang mana telah diubahsuaisupaya dapat mengaburi mata si pemakainya. Pada mulanya saya agak sukar untuk percaya, namun setelah diyakinkan oleh seorang sahabat saya (orang Johor), yang agak arif mengenai perkara ini, saya jadi lebih yakin. Mungkin ada sesuatu, yang perlu kita telitikan.

Bukan saya nak menuduh, atau menyalahkan sesiapa. Mungkin juga ada yang kata ianya hanya kebetulan, tiada niat jahat di sebaliknya. Wallahu'alam, Allah lebih tahu perihal sebenar disebaliknya. Tetapi, saya ingin tegaskan di sini, terutama kita yang bergelar Muslim ini, perlu lebih berhati-hati, tidak boleh mengambil enteng perkara serius sebegini. Cuba bayangkan perkataan 'Allah' di bawah telapak kaki anda. Betapa ironiknya. Sedangkan 'ALLAH' itu sesuatu yang perlu kita junjung, di atas segala-galanya di dunia. Gimana kalau kebetulan itu bukan kebetulan. Tetapi, dibuat-buat sehinggakan kita mempercayainya seperti kebetulan. Bukan tiada lain pilihan sandal, mahupun alas kaki yang lain, yang juga banyak jauh lebih cantik dan lebih selesa dipakai. Sama-sama kita muhasabah diri kita. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,

(p/s: Samada anda mahu percaya ataupun tidak, tepulang pada anda. Mungkin boleh diselidiki lebih lanjut. Saya cuma mahu menimbulkan kesedaran itu, langkah seterusnya bergantung pada anda semua. Cuma satu yang saya harapkan, sekiranya anda tidak setuju, janganlah pula mengecam mahupun mengutuk perbuatan kami (saya dan yang lain) yang mendedahkan isu ini. Cukuplah, sekadar muhasabah di hati. Jika anda betul-yakin ianya bukan, teruskanlah. Tiada masalah. Dan jika ia benar, anda tahu apa yang perlu dibuat.)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Related Posts with Thumbnails