Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya berbunyi :
"Sungguh- orang-orang yang mendatangkan cubaan (bencana, membunuh, menyiksa) kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab Jahannam dan mereka akan mendapat azab (neraka) yang membakar."
(Surah al-Buruj : 10)
Usai mentadabbur, saya jumpa dengan satu ayat dari kitab suci al-Quran yang mana saya kira sangat berkait dengan berita yang saya baru terbaca pagi ini. Ayat tersebut dari surah al-Buruj ayat 10 yang menyebut betapa teruk dan azabnya balasan bagi mereka yang berkeinginan untuk melakukan suatu kejahatan ke atas orang-orang Mukmin.
Inilah berita yang saya maksudkan tadi. Saya berasa amat terkejut dan terkilan dengan kejadian ini. Kenyataan Mohd Safuan Hilmi melalui laman web Facebook yang kini telah dipadamnya begitu mengejutkan banyak pihak. Ugutan-ugutan beserta tohmahan-tohmahan yang dilemparkan pada Tok Guru Nik Aziz sangat melampau dan tidak dapat diterima akal. Ini perkara serius, dan bukannya mainan. Mungkin sahabat-sahabat boleh memeriksa sendiri kesahihan cerita ini, jikalau masih ada perasaan tidak percaya.
MasyaAllah, macam mana kita tergamak sampai mahu mengancam untuk melakukan ugutan terhadap seorang ulama' yang begitu terkenal dengan kebaikannya. Allah sendiri pernah berfirman, walau sebenci mana kitapada seseorang, tetapi tetap harus berlaku 'adil. Itu sudah pasti. Allah membenci orang yang tidak berlaku 'adil. Moga Allah memberi hidayah-Nya dan membuka pintu taubat kepadamu, saudara seagamaku. Amin.,
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Ya Allah, Selamatkan dan Lindungilah Tok Guru Nik Aziz~
No comments:
Post a Comment